Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan kenaikan kadar bayaran tempat letak
kereta sebanyak 150%. Menurut DBKL, ia sebagai langkah mengawal kesesakan
dalam bandar, menggalakkan perkongsian kereta dan menggalakkan penggunaan
kemudahan pengangkutan awam yang disediakan... Aduhh!!! Ko dah kenape
Yeop...
Memetik
kata-kata Datuk Bandar, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz: “Langkah
berkenaan (naikkan harga parkir) satu-satunya cara untuk mengurangkan kesesakan
dalam bandar dan menggalakkan berkongsi kereta, dan bukan menyasarkan kepada
mengaut keuntungan.” Katanya, keputusan itu mengambil kira sekitar 50,000
kereta baharu didaftarkan di Kuala Lumpur setiap bulan dan ia meningkatkan
keperluan kadar tempat parkir.Jadi, langkah ini kononnya dapat memberikan warga
kota jalan yang lapang, malah Amin turut membuat perbandingan dengan jalan di
musim cuti raya. Biar betul DBKL? Mampukah langkah ini kurangkan
kenderaan?
Kawasan yang
terlibat adalah Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas,
Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar di mana 75 hingga 100
peratus ruang letak kereta penuh semasa waktu puncak. Caj parkir di CBD telah dinaikkan dari 80 sen sejam
kepada RM2 untuk jam yang pertama. Kadar telah dinaikkan kepada RM3 untuk
jam kedua dan RM3 lagi untuk jam berikutnya. Ini bermakna, jika anda
meletak kenderaan dari pukul 7.30 pagi hingga 6 petang, yang merupakan waktu
operasi biasa, anda terpaksa membayar sebanyak RM32 sehari.Caj tempat letak
kereta baharu itu akan dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat mulai
sekarang hingga 1 Ogos, yang akan menyaksikan peningkatan di antara 100 dan 200
peratus, bergantung kepada kawasan. Kadar parkir dijangka akan naik
menjelang bulan depan di zon luar bandar, di mana caj letak keretanya pada masa
ini adalah 50 sen sejam. Bergantung kepada zon, pengguna jalan raya akan
dikenakan bayaran RM1 atau RM1.50 sejam, peningkatan masing-masing sebanyak 100
peratus dan 200 peratus. Kawasan ini termasuklah Brickfields, Taman
Maluri, Cheras, Wangsa Maju dan Setapak.
Sebagai rakyat biasa yang hanya ada SPM ni, Teman
nampak tindakan tersebut tidak langsung membantu rakyat jelata apatah lagi
untuk menyelesaikan masalah kesesakan... ngape tak hentikan atau hadkan
penjualan kereta? Biar semua naik kenderaan awam... nak sangatkan... ataupun
tutup je jalan kl ni kepada kenderaan perseorangan kecuali motor dan basikal...
ada berani?? Cukup-cukuplah kami dibebani dengan pelbagai bayaran... GST la
& macam-macam lagi... sebagai rakyat dan warganegara kami semua sentiasa
menunaikan tanggungjawap kami untuk membayar cukai pendapatan... cubalah
berfikir dan bertindak secara rasional demi membantu rakyat dan bukannya
membebankan kami semua...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan