Diluar negara ada isu BREXIT.. dalam negara kita pun tak nak mengalah, tup.. tup.. ada isu nak tubuh parti politik baru la pulak...
Dah jadi macam cerita Hikayat Seribu Satu Malam daa... Masa si D ni berkuasa dibuangnya si W ni.. sedangkan sebelum ni kedua2nya sparring partner.. si W tak berpuashati & bersama-sama sanak saudaranya menubuhkan Parti R yang kononnya nak mendapatkan keadilan (keadilan siapa ye??).. Si Apek dari Parti P dengan penuh prihatinnya menyokong si W dari belakang... Maka berperanglah si D dan si W ni bertahun-tahun lamanya.. Si Apek rileks je hanya memerhati dari kejauhan... Bila si D bersara, orang kepercayaannya si J pula mengambilalih kuasa... Bak kata orang kampung Teman "Ku Sangka Hujan Sampai Ke Petang, Rupa-rupanya Hujan Di Tengah Hari"... Si J ni rupanya lebih Langsi dari yang disangka hinggakan si D pun habis di langgarnya... Atas rasa tak berpuas hati, si D pun berhasrat untuk menubuhkan parti baru dengan tujuan kononnya untuk menegakkan keadilan (keadilan siapa ye??)... Si Apek dari Parti P yang dulunya menyokong musuh si D secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada si D untuk menentang si J... Tak ke macam cerita Hindustan jadinya...
Persoalannya, adakah kedua-dua senario di atas memberi faedah kepada Bangsa Melayu, si D, si W ataupun si J???? Tak de sapa yang untung Yeop kecuali si Apek... Lagi banyak Parti berteraskan Orang Melayu ditubuhkan maka secara tidak langsung menunjukkan semakin berpecah dan berpuak-puaknya bangsa kita... si Apek dan kroni-kroninya hanya ketawa dan melindungi kepentingan bangsa mereka... Pada si Apek dan kroni-kroninya tidak wujud sebarang permusuhan dikalangan bangsa mereka walaupun berada di dalam Parti yang berbeza... Yang penting pada mereka adalah Entiti Bangsa mereka perlu kukuh dan menerajui negara ini... kalau tak percaya cuba tengok bab ekonomi, akademik, tenaga pakar, jutawan dan hinggakan ahli-ahli sukan turut dimonopoli oleh mereka... Salah mereka kah atau kita yang terlena dibuai oleh perasaan "Ketuanan Melayu"... Kalau dilihat negara kita ini secara totalnya diterajui oleh Bangsa Melayu... dari Rajanya sampailah kepada pemimpin-pemimpin utama... Tapi kenapa kita masih tidak mampu untuk bersaing??? Itulah Bangsaku.. tak abih-abih nak bergaduh dan dengki mendengki... tak percaya cuba baca Hikayat Melayu Lama... dari zaman Hang Tuah dah ada benda ni semua... kalau pesaing hebat sikit, mulalah nak menabur fitnah dan cari bomoh nak tanam sana sini, bukannya nak mencari strategi baru untuk menjadi lebih baik... Kalau bab hiburan memang Melayu nombor satu... Tak percaya cer tengok rancangan realiti dalam TV, penuh muka bangsa kita je...
Bab kata Hang Tuah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia".. tapi apa gunanya kalau jadi macam Bangsa Melayu di Negara S tu.. nama je pribumi asal, tapi macam mengemis di negara sendiri... Negara kita pun bakal menyusul sekiranya yang di atas masih berjuang untuk kepentingan peribadi... bukan mengutuk atau menyokong mana-mana pihak... Sampaikan agama dan bangsa kita dihina secara terang-terangan, bos-bos Melayu kita hanya membisu seribu bahasa... Tolonglah prihatin dengan nasib kami yang seolah-olah menumpang di bumi sendiri... Adakah disebabkan oleh kepentingan peribadi mengakibatkan wujudnya sifat kebaculan yang sedemikian rupa... Fikir-fikirkanlah Yeop...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan