Khamis, 14 Julai 2016

DAH LAMA DAHH...

Baru-baru ni kita diviralkan lagi dengan satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah bas dan 10 buah kereta berhampiran Terowong Menora, Ipoh Perak... Apabila berlakunya kejadian seumpama ini, apa yang pastinya akan terpampanglah hasil siasatan mendapati pemandu tersebut mempunyai 8 juta saman & bas berkenaan juga mempunyai 8 ribu saman... Dah lama dah yeop oiii... kalau korang ingatlah... dari dulu lagi memang dah macam tu.. macam copy & paste la pulak... bila kemalangan berlaku, barulah timbul macam-macam kesalahan lampau... habis tu, masa aman apa pihak yang berkaitan buat? Menghindar lebih baik dari mengubat Yeop... kalo dah jadi baru nak gebang konon-kononnya pihak yang berkaitan sentiasa memantau dan mempunyai data yang up to date kononnya... baik tak payah yeop... kalo korang tak percaya tunggulah dua ke tiga bulan lagi.. confirm senyap balik.. sampailah kemalangan akan datang pulak... Yang paling herannya, berita TV## menyatakan bahawa syarikat bas yang terlibat masih terus beroperasi walaupun arahan menghentikan perkhidmatan terlah dikeluarkan oleh SPAD.. alasannya, masih takda arahan rasmi dari pihak atasan... amboi, Langsinyer...nak tunggu arahan pihak atasan mana? yang bergayut tu kot... Pihak yang berkenaan takkan tengok aje kot? Itulah dia dikatakan pelik tapi benar...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan