Khamis, 14 Julai 2016

APA KEHEY NYER YEOP??

Nasib baiklah ada mamat yang prihatin, nampak dan menguploadkan kehenseman Jalur Gemilang di Dataran Merdeka. Kalau tak, mungkin Datuk Bandar pun tak tau kat situ ada diletakkan Bendera Malaysia. Dah viral, baru cakap kerosakan bendera adalah disebabkan oleh kualiti bendera yang rendah dan mengakibatkannya terkoyak semasa hujan minggu lepas... Ha ha ha, lawak spesis apakah itu??? Rasa-rasanya bendera yang beli kat Mydin pun takkan sekoyak tu kalau setakat kena hujan sekali dua.... Benda tu dah koyak lama dah... tapi takde sape yang ambik tau... Rasa-rasanya elok DBKL ambik mamat yang uploadkan gambar Jalur Gemilang ni jadi agen khas atau dah tiba masanya DBKL mewujudkan RAKAN DBKL (ala-ala RAKAN COP).. mana taknya, penguatkuasa bersepah-sepah, naik motor ada, naik 4 x 4 ada, naik lori pun ada... tapi tak nampak langsung benda yang sepatutnya dia nampak... takkan nak nyaman je rojenye Yeop....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan