Ahad, 24 Julai 2016

DI MALAYSIAKAH AKU...


Di Malaysiakah Aku

Perut Lapar Perlu Diisi
Apa Nak Kisah Di KL Ni Kedai Makan Banyak Sekali
Kaki Melangkah Jadi Terhenti
Mana Kedai Melayu Ni???
Dari Dalam Pasar Raya, Sampai Gerai Tepi Jalan Minah Indon Menguasai….

Di Malaysiakah Aku

Rambut Panjang Perlu Digunting
Kalau Dibiarkan Nanti Kepala Pening
Habis Serata Ceruk Bandar Raya KL Ni Hamba Pusing
Kalau Tak Delah Kedai Orang India, Confirm Mamat Aceh Conguer Industri Kedai Gunting

Di Malaysiakah Aku

Beras Habis Perlu Dibeli
Area Keramat Hamba Berhenti
Berpusing-pusing Kepala Hamba Mencari
Di Indonesiakah Aku??? Coz Semua Papan Tanda Kedai Runcitnya Ada Tulis P.T..

Di Malaysiakah Aku

Dulu "Baru Lama" Ayat Yang Diketahui
Lama-lama “Hai! Adik Manis Mana Mau Pigi?”
Sekarang Awek Melayu Diusung Sana Sini
Hei! Kawan-kawan, Sekarang Bangsa Banglasia Sudah Mari…

Di Malaysiakah Aku

Pencen Askar Nak Jadi Sekuriti
Nak Buat Macam Mana, Duit PencenTak Cukup Nak Bayar G.S.T
Jangankan Temuduga, Permohonan Yang Dihantar Diorang Buat Tak Reti
Diorang Cakap “Sorrylah Encik, Mamat Nepal lagi berkualiti”….

Di Malaysiakah Aku

Hari Minggu Terasa Boring
Naik LRT Satu K.L Hamba Pusing
Dari Dataran Merdeka, Sogo, KLCC Hingga Jalan Sri Petaling
Ya Allah!! Nak Cari Rakyat Malaysia Terpaksa Selak Dulu Si Pendatang Asing…

Di Malaysiakah Aku

Gah Sungguh Pasar Borong Selayang
Segenap Pelusuk Orang Membeli-Belah Datang
Hati-hati Sikit Cik Kakak Dan Abang
Myanmar And Nepal Punya Orang Cakap “Ini Area Kitorang Pegang”…

Di Malaysiakah Aku

Bukan Maksud Hamba Untuk Menghina
Sekadar Meluah Berkongsi Cerita
Tak Boleh Salahkan Pendatang Asing Semata-mata
Dimanakah Penguatkuasa Dan Tepuk Dada Tanya “Kenapa Orang Kita Yang Malas Berkerja?"

Yeop

Isnin, 18 Julai 2016

KO DAH KENAPE YEOP...

          Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan kenaikan kadar bayaran tempat letak kereta sebanyak 150%. Menurut DBKL, ia sebagai langkah mengawal kesesakan dalam bandar, menggalakkan perkongsian kereta dan menggalakkan penggunaan kemudahan pengangkutan awam yang disediakan... Aduhh!!! Ko dah kenape Yeop... 

   Memetik kata-kata Datuk Bandar, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz: “Langkah berkenaan (naikkan harga parkir) satu-satunya cara untuk mengurangkan kesesakan dalam bandar dan menggalakkan berkongsi kereta, dan bukan menyasarkan kepada mengaut keuntungan.” Katanya, keputusan itu mengambil kira sekitar 50,000 kereta baharu didaftarkan di Kuala Lumpur setiap bulan dan ia meningkatkan keperluan kadar tempat parkir.Jadi, langkah ini kononnya dapat memberikan warga kota jalan yang lapang, malah Amin turut membuat perbandingan dengan jalan di musim cuti raya. Biar betul DBKL? Mampukah langkah ini kurangkan kenderaan? 

   Kawasan yang terlibat adalah Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar di mana 75 hingga 100 peratus ruang letak kereta penuh semasa waktu puncak. Caj parkir di CBD telah dinaikkan dari 80 sen sejam kepada RM2 untuk jam yang pertama. Kadar telah dinaikkan kepada RM3 untuk jam kedua dan RM3 lagi untuk jam berikutnya. Ini bermakna, jika anda meletak kenderaan dari pukul 7.30 pagi hingga 6 petang, yang merupakan waktu operasi biasa, anda terpaksa membayar sebanyak RM32 sehari.Caj tempat letak kereta baharu itu akan dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat mulai sekarang hingga 1 Ogos, yang akan menyaksikan peningkatan di antara 100 dan 200 peratus, bergantung kepada kawasan. Kadar parkir dijangka akan naik menjelang bulan depan di zon luar bandar, di mana caj letak keretanya pada masa ini adalah 50 sen sejam. Bergantung kepada zon, pengguna jalan raya akan dikenakan bayaran RM1 atau RM1.50 sejam, peningkatan masing-masing sebanyak 100 peratus dan 200 peratus. Kawasan ini termasuklah Brickfields, Taman Maluri, Cheras, Wangsa Maju dan Setapak. 

     Sebagai rakyat biasa yang hanya ada SPM ni, Teman nampak tindakan tersebut tidak langsung membantu rakyat jelata apatah lagi untuk menyelesaikan masalah kesesakan... ngape tak hentikan atau hadkan penjualan kereta? Biar semua naik kenderaan awam... nak sangatkan... ataupun tutup je jalan kl ni kepada kenderaan perseorangan kecuali motor dan basikal... ada berani?? Cukup-cukuplah kami dibebani dengan pelbagai bayaran... GST la & macam-macam lagi... sebagai rakyat dan warganegara kami semua sentiasa menunaikan tanggungjawap kami untuk membayar cukai pendapatan... cubalah berfikir dan bertindak secara rasional demi membantu rakyat dan bukannya membebankan kami semua...

KEMANAKAH ARAH TUJU BANGSA MELAYU

    Diluar negara ada isu BREXIT.. dalam negara kita pun tak nak mengalah, tup.. tup.. ada isu nak tubuh parti politik baru la pulak... 

    Dah jadi macam cerita Hikayat Seribu Satu Malam daa... Masa si D ni berkuasa dibuangnya si W ni.. sedangkan sebelum ni kedua2nya sparring partner.. si W tak berpuashati & bersama-sama sanak saudaranya menubuhkan Parti R yang kononnya nak mendapatkan keadilan (keadilan siapa ye??).. Si Apek dari Parti P dengan penuh prihatinnya menyokong si W dari belakang... Maka berperanglah si D dan si W ni bertahun-tahun lamanya.. Si Apek rileks je hanya memerhati dari kejauhan... Bila si D bersara, orang kepercayaannya si J pula mengambilalih kuasa... Bak kata orang kampung Teman "Ku Sangka Hujan Sampai Ke Petang, Rupa-rupanya Hujan Di Tengah Hari"... Si J ni rupanya lebih Langsi dari yang disangka hinggakan si D pun habis di langgarnya... Atas rasa tak berpuas hati, si D pun berhasrat untuk menubuhkan parti baru dengan tujuan kononnya untuk menegakkan keadilan (keadilan siapa ye??)... Si Apek dari Parti P yang dulunya menyokong musuh si D secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada si D untuk menentang si J... Tak ke macam cerita Hindustan jadinya...

    Persoalannya, adakah kedua-dua senario di atas memberi faedah kepada Bangsa Melayu, si D, si W ataupun si J???? Tak de sapa yang untung Yeop kecuali si Apek... Lagi banyak Parti berteraskan Orang Melayu ditubuhkan maka secara tidak langsung menunjukkan semakin berpecah dan berpuak-puaknya bangsa kita... si Apek dan kroni-kroninya hanya ketawa dan melindungi kepentingan bangsa mereka... Pada si Apek dan kroni-kroninya tidak wujud sebarang permusuhan dikalangan bangsa mereka walaupun berada di dalam Parti yang berbeza... Yang penting pada mereka adalah Entiti Bangsa mereka perlu kukuh dan menerajui negara ini... kalau tak percaya cuba tengok bab ekonomi, akademik, tenaga pakar, jutawan dan hinggakan ahli-ahli sukan turut dimonopoli oleh mereka... Salah mereka kah atau kita yang terlena dibuai oleh perasaan "Ketuanan Melayu"... Kalau dilihat negara kita ini secara totalnya diterajui oleh Bangsa Melayu... dari Rajanya sampailah kepada pemimpin-pemimpin utama... Tapi kenapa kita masih tidak mampu untuk bersaing??? Itulah Bangsaku.. tak abih-abih nak bergaduh dan dengki mendengki... tak percaya cuba baca Hikayat Melayu Lama... dari zaman Hang Tuah dah ada benda ni semua... kalau pesaing hebat sikit, mulalah nak menabur fitnah dan cari bomoh nak tanam sana sini, bukannya nak mencari strategi baru untuk menjadi lebih baik... Kalau bab hiburan memang Melayu nombor satu... Tak percaya cer tengok rancangan realiti dalam TV, penuh muka bangsa kita je... 

   Bab kata Hang Tuah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia".. tapi apa gunanya kalau jadi macam Bangsa Melayu di Negara S tu.. nama je pribumi asal, tapi macam mengemis di negara sendiri... Negara kita pun bakal menyusul sekiranya yang di atas masih berjuang untuk kepentingan peribadi... bukan mengutuk atau menyokong mana-mana pihak... Sampaikan agama dan bangsa kita dihina secara terang-terangan, bos-bos Melayu kita hanya membisu seribu bahasa... Tolonglah prihatin dengan nasib kami yang seolah-olah menumpang di bumi sendiri... Adakah disebabkan oleh kepentingan peribadi mengakibatkan wujudnya sifat kebaculan yang sedemikian rupa... Fikir-fikirkanlah Yeop...



  

Khamis, 14 Julai 2016

APA KEHEY NYER YEOP??

Nasib baiklah ada mamat yang prihatin, nampak dan menguploadkan kehenseman Jalur Gemilang di Dataran Merdeka. Kalau tak, mungkin Datuk Bandar pun tak tau kat situ ada diletakkan Bendera Malaysia. Dah viral, baru cakap kerosakan bendera adalah disebabkan oleh kualiti bendera yang rendah dan mengakibatkannya terkoyak semasa hujan minggu lepas... Ha ha ha, lawak spesis apakah itu??? Rasa-rasanya bendera yang beli kat Mydin pun takkan sekoyak tu kalau setakat kena hujan sekali dua.... Benda tu dah koyak lama dah... tapi takde sape yang ambik tau... Rasa-rasanya elok DBKL ambik mamat yang uploadkan gambar Jalur Gemilang ni jadi agen khas atau dah tiba masanya DBKL mewujudkan RAKAN DBKL (ala-ala RAKAN COP).. mana taknya, penguatkuasa bersepah-sepah, naik motor ada, naik 4 x 4 ada, naik lori pun ada... tapi tak nampak langsung benda yang sepatutnya dia nampak... takkan nak nyaman je rojenye Yeop....

DAH LAMA DAHH...

Baru-baru ni kita diviralkan lagi dengan satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah bas dan 10 buah kereta berhampiran Terowong Menora, Ipoh Perak... Apabila berlakunya kejadian seumpama ini, apa yang pastinya akan terpampanglah hasil siasatan mendapati pemandu tersebut mempunyai 8 juta saman & bas berkenaan juga mempunyai 8 ribu saman... Dah lama dah yeop oiii... kalau korang ingatlah... dari dulu lagi memang dah macam tu.. macam copy & paste la pulak... bila kemalangan berlaku, barulah timbul macam-macam kesalahan lampau... habis tu, masa aman apa pihak yang berkaitan buat? Menghindar lebih baik dari mengubat Yeop... kalo dah jadi baru nak gebang konon-kononnya pihak yang berkaitan sentiasa memantau dan mempunyai data yang up to date kononnya... baik tak payah yeop... kalo korang tak percaya tunggulah dua ke tiga bulan lagi.. confirm senyap balik.. sampailah kemalangan akan datang pulak... Yang paling herannya, berita TV## menyatakan bahawa syarikat bas yang terlibat masih terus beroperasi walaupun arahan menghentikan perkhidmatan terlah dikeluarkan oleh SPAD.. alasannya, masih takda arahan rasmi dari pihak atasan... amboi, Langsinyer...nak tunggu arahan pihak atasan mana? yang bergayut tu kot... Pihak yang berkenaan takkan tengok aje kot? Itulah dia dikatakan pelik tapi benar...